Khamis, 29 September 2011

KENTUT SI APEK CINA

salam..
dah lame aku tak update blog,ini kerana ya,disebabkan kebizian aku..hee
today,aku nak story sikit pasal apek cina ni.
muka tak tahu malu betol.

al kisahnya begini...
aku pergi ke kedai nak beli air,aku minum air mineral aje.huhu
lepas tu,aku terdengar ade sesuatu bunyi,puttt....
mula-mula,tak bau pun kentut tu,agak lame kot kentut apek cina tu nak proses bauan die..hahaa
lepas aku bayar duit air tu,aku lalu depan die...
bau nye YA ALLAH....................hanya tuhan saje yang tahu.
tak sanggup dah weh aku nak duduk dalam situasi bau tu.
muka apek tu rilek je,wat muka tak sedar yang die lepas kentut..
apek cina ni agak pengotor ler...
so yerk-yerk betol..

p/s: kepada awang dan semek sekalian,jage peribadi anda.sporting,sporting gak,tapi agak-agak ler..
      :)

Jumaat, 23 September 2011

10 Wanita tercantik dimata aku

Assalamualaikum semek dan awang sekalian.....
salam jumaat semuanye ye..
kepada kaum Adam,jangan lupa solat Jumaat nanti..peace yookk !!

haa...korang pun mesti suke kan tengok perempuan cantik.aku pun suke.biasalah,lumrah manusia suka tengok bende cantik..
kalo lelaki aku tak suke tengok,aku suke tengok gurl aje oke.mintak maaf ye kaum Adam,aku tak suke tengok kamu.(tipu je,ake suke tengok korean boy) :)

Antara girl yang aku suka tengok ialah :-

mak aku..heee.lebiu~

si cantik norjuma.
lawa gile ahh.. :)

memang cun la rianti ni.
suke tengok weyy..
comeykan asmirandah ni.
persis barbie.babydoll.

memang comey la
fatin liyana.adore u :)

suke tengok muka neelofa.
manje gitu..hee
erre fazira memang lawo gile.
minat erra :)
diana danielle memang sweet gile.
heliza ni memang comey ahh.
suke tengok die pakai tudung bawal.cute :)
sweetkan aida gadis melayu.
vee isteri iezlan yusuf pun comey.
cute.cute.dan cute :)

haa....sumenye lawo-lawo.
aku suke tengok perempuan cantik yang bertudung.
comey sangat-sangat.
oke la,aku babai dulu ye.
papai dan assalamm~

p/s:kecantikan dalaman lebih penting daripada kecantikan luaran. :)

Rabu, 21 September 2011

KEHEBATAN SEORANG WANITA

salam uolls....
haa...aku nak kongsi sikit kat korang pasal wanita nih.
boboy sekalian syuh-syuh lah yeee....
heee...

kalo korang wanita,korang seharusnya bersyukur.
ni tidak,duk sibuk jadi tomboy la,pengkid la..
apekejadah semua tu??
lelaki pun same,duk sibuk nak tukar jantina nak jadi perempuan.
tak bersyukur langsung !!!

wanita sebenarnya banyak keistimewaannya.
janganlah korang rendahkan diri menjadi seorang wanita,
kerana Allah menjadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:

  1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang wanita lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda,"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan disia-siakan."
  2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
  5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan sedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  6. Syuga itu dibawah telapak kaki ibu.
  7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dangan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab , maka baginya adalah syurga.
  8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
  9. Daripada Aisyah r.a."Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan dilaut,burung di udara,malaikat dilangit,matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
  12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah ,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" jawabnya Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

haa..dah baca??
tu la....jangan buat kerja gila duk tukar diri jadi tomboy.
macamlah tomboy tu hebat sangat.....hensem pekebende gitu,phuiii !!!
hensem ayah aku la....wakaka :)

oke la awang dan semek sekalian,caucincau dulu.wasalam........

p/s: aku bangga jadi perempuan.aku jadi riak sikit coz aku perempuan..gagaga :)

Jumaat, 16 September 2011

lelaki idamanku :)

aku pon mengidamkan seorang lelaki idaman.
lelaki idaman aku konfem la yang beragama islam dan malay oke.
kalo korea lagi bagus.hee
no bangla-bangla yee...so yerk-yerk.
aku nak kan seorang yang mempunyai ilmu akhirat.
ilmu akhirat penting untuk si dia coz si dia perlu membimbing aku ke arah Islam.
aku tak suka lelaki yang suka ber'enjoy-enjoy'.

kalo bab rupa aku nak cam korea.
hahaha..tipu je la.
aku tak kisah bab rupa,janji hati yang penting beb.
muka hensem gila tapi hati haprak wat pe.
tak guna itu punye lelaki.
lelaki yang cam tu kebanyakkan mempermainkan perasaan perempuan,tapi tak semua la ye.
aku nak yang sedap mata memandang.aku tak nak lelaki gigi rongok oke.heee :)

kalo bab tubuh badan aku nak yang simple mimple je.
tapi aku nggak mau dong badannye ade buluu...huhuhuh
aku tak suke.
ade gak aku tengok muke hensem,tapi badan ade bulu.
aku geli nengoknye.
tapi,ade gak orang perempuan yang suke lelaki badan yang berbulu.
kononnye seksi.aku tak suka lelaki seksi.haha

haa...aku suka lelaki yang terima aku dan family aku.
aku tak suka lelaki yang nak conquer aku sorang je.
mesti berbuat baik ngan family aku.
aku takut kalo si dia berbuat baik hanye nak dapatkan aku je,
tapi lepas kahwin perangainye berubah.
aku tak kisah laki aku nak kahwin empat,kalo aku sakit la oke...huhu
aku nak dapat payung emas di Syurga nanti.. :)
tapi yang penting si dia tu mesti adil dan mampu la.
kalo tak mampu,jangan harap laa nak kahwin empat.
nanti berdosa pulak kan.

oke awang dan semek sekalian,aku bai bai dulu yep. :)

p/s: terima jodoh anda seadanya..bertemu jodoh tak semestinye bercouple dulu ye.

Ahad, 11 September 2011

pakai cermin mata hitam nampak kacak/cun :)

korang pernah nampak tak ,ada sekelompok budak-budak lelaki berkaca mata hitam di pasar malam,hypermarket,n bla3 ??

korang pernah nampak tak ,ada sekelompak budak-budak perempuan berkaca mata hitam besar punya di pasar malam,hypermarket, n bla3 ??

aku pernah nampak !!
tapi aku sangat-sangat meluat.nak kacak/cun perlu ke pakai cermin mata hitam??
kalo ada matahari terpancar boleh ar tahan nak pakai pun,ni matahari pun tak de.
dah la jalan kaki,hadoii laa...
aku tak kutuk pun oke,just meluah perasaan je la.
aku harap,sape-sape yang pakai cermin mata hitam di tempat yang tak sepatutnye,berubah la oke.
wahhh  !!!!! lega rasenye bile dah luah apa yang terbuku dihati selama ni.
gagaga ~

oke bai anda ~

Sabtu, 10 September 2011

jerawat

sape yang suka dengan jerawat hah??
tak de kang?
jerawat ni datang dengan tiba-tiba.
so, kita kena rajin jaga keadaan muka kita,kita perlu mencegah jerawat supaya tidak merebak.

sekarang ni jerawat aku agak banyak.mungkin hormon atau stress kot.
aku berusaha mencari ubat untuk mencegah jerawat.
jerawat aku  jerawat resdung.
pantang makan makanan laut,
muka jadi gatal,mata berair tahan gatal,telinga gatal dan serba serbi gatal la.
tapi hakikatnya,aku tak gatal oke..

aku dah cuba bermacam-macam jenis ubat,tapi agak kurang memberangsangkan.
jenis aku.kalau pakai ubat pada malam tu,konfem nak tengok keesokaan harinya tak de jerawat.hoho
bila la agaknya kulit aku tak de jerawat.

antara ubat yang aku dah beli,oxy5,oxy10,oxy cover,tea tree oil,A-N-P cream(acne and pimple),vizomet,T3,mederma n bla3.
ubat dalaman pun aku makan gak,aku makan ubat HPA roselle,sendayu tinggi nosy gone,permata hijrah and ubat yang kawan aku promote.aku dah makan semua.tapi cam tu gak jerawat aku.
baru aku tahu keadaan orang yang banyak jerawat macam mana.
pantang nampak ubat untuk jerawat resdung konfem aku nak beli.
tapi hasilnya tak ok.

dulu-dulu zaman aku muda-muda,kalau snap gambar dari jarak dekat tak nampak jerawat pun.
tapi sekarang snap gambar dari dekat dah nampak jerawat.
konon-konon dah matang.

sape-sape ade penawar untuk jerawat resdung tolong inform oke.

ni zaman aku muda-muda dulu..
ni mase umur aku 18 tahun.
ni mase umur aku 17 tahun.hee~

masa ni umur aku 20.yup!! umur sekarang,huhuhu
(selepas makan ketam)

 tu yang aku nak sangat ubat resdung.korang tahu erti gatal kan,so may u help me?
oe,aku nak meratapi jerawat aku dulu.
babai guys!!

p/s:berusaha jaga hati,jangan duk jaga luaran aje ye.(peringatan untuk diri sendiri) :)

Selasa, 6 September 2011

perlu ke aku ber"couple" ?

haa....perlu ke??
tak perlu kan?
aku pelik ar tengok budak-budak zaman sekarang,asal orang mintak kapel je,terus kapel.
konon-kononnye laku la ek??
huhu....sori ye kalo ade yang terase.bukan ape,nak luahkan ketidakpuashatian. :)
tak pe la...kalu yang dah terkapel tu,go on aje.
jangan curang-curang.jaga perasaan pasangan masing-masing.

tapi,yang aku heran sangat,remaja zaman sekarang main tukar-tukar pasangan.
lepas bosan,konfem mintak putus la,ape la...ish3...marabahaya betol la.
kalo nak sangat berkapel,jangan main-main.serius kan diri anda.
berani kan diri anda berjumpa dengan ibubapa pasangan anda.
tapi,jangan la lebih-lebih.takkan nak jumpa setiap masa kan.
haa...satu lagi ni.jangan duk berjumpa dengan spouse anda setiap masa.
elakkan maksiat oke.zina ade bermacam-macam jenis.
kadang-kadang,kita tak sedar yang kita terzina kan.
so,hati-hati la apabila bersweet kopel.(kopel la sangat) huhu~

aku pun cam tu gak dulu..kapel la konon.last2,hampeh punya budak.
tak pe,biarkan masa yang dulu berlalu.ke guane dok??
zaman muda-muda gatal nak kapel,dah tua camni hilang rasa gatal nak kapel.haha
tapi,aku tak risau sangat la,coz i'm single,but available.heheheh

kenal hati budi dulu la kan.kenal hati budi aku kena ambil mase selama 6,7 or 8 tahun..
tak boleh la tergesa-gesa sangat,kawan dulu kan,baru kawen.
aku tak nak kapel,tak nak tunang.aku nak kawen terus.
elakkan pembaziran ye kalian sume.wee~

haa...kes ni pun aku geram jugak.
pantang kita bergambar dengan lain-lain jantina,
mesti ade yang suara sumbang bersoseh-soseh.
macam ayat ni.
"cecece..sweet kapel" (tok mung skuer) *ganas sikit ayat,hehe*
halo-halo..tak semestinye kalo kita bergambar dengan lain-lain jantina kita kapel kan.
kalo bergambar dengan shemale,mungkin korang pun bersoseh-soseh jugak kan..haa...jangan tipu..
aku dah ada pengalaman beb..
kamcip bale nak menjelaskan benda yang betol.
tapi,sesetengah orang tak pedulikan penjelasan aku.
aku sedih..sob3 :'(

oke la.aku baibai dulu ye.

p/s:jangan kecewakan orang yang sangat sayangkan kita,biar kita tak sayangkan orang tu pun. (tak jiwang pun) hehe :)

Jumaat, 2 September 2011

Agak terlambat......

::sambungan ayat diatas::

agak terlambat aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada seluruh umat Islam yang berpuasa.
tapi,tak mengapa anda2 sume..
ini kerana ye,raya aidilfitri disambut selama SEBULAN.
tu la kelebihan raya aidilfitri ni.:)

raya tahun ni agak kureng meriah coz budak-budak kecik tak datang beraya dirumah aku.
konfius aku,kenapa ek jiran-jiran aku tak datang rumah aku??
adakah kerana duit raya yang mak aku kasi agak kureng?atau makanan tak sedap?atau aku yang tak kasi duit raya??hohoho
wahai budak-budak sekalian,
umur aku baru 20 tahun oke.
aku tak mampu nak kasi duit raya kat korang.
aku berjanji,selepas umur aku berganjak ke 30 tahun,aku akan kasi korang duit raya.hee(budak2 aja ye)

kepada kawan-kawan aku yang datang ke rumah aku,terima kasih yaa....
sayang korang ketat2 kepada kawan perempuan.
sayang korang longgar2 kepada kawan lelaki.
muah kanan,muah kiri. :)

aku hidangkan korang hanya beberapa keping pic aje ye..
tak larat nak upload la derr..huhu


ini aku dan adda



bersama adik dan mak tersayang :)

aku agak kurang selesa dengan tudung ini
ahakz !!
oke la,aku cau dulu ye dalinks sume :)

p/s: kepada sesiapa yang tinggal puasa tu,sila ganti awal2 ye.