Rabu, 24 Ogos 2011

Rahsia mengenai nombor 1 hingga 9

Nombor terkecil adalah no 1 dan no terbesar adalah no 9. Tidak ada lagi nombor yang lebih besar dari sembilan. Nombor-nombor yang seterusnya adalah nombor gabungan dan ia tidak dikira sebagai nombor yang berdiri secara asli. Jadi dari 1 sampai 9 ni, pak cik akan nyatakan rahsia setiap nombor ni.

No 1

Bermakna "Keperluan"
Lambang Kepada ALLAH yang Satu
Ayat Pertama Al Fatihah :- Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Pemula
Pencipta
Semua perkara yang berganda dan banyak akan pulang jua kepada yang satu iaitu ALLAH


No 2

Refleks kepada 1
Hari kedua, Isnin, atau dalam bahasa arab Isnaini
Imeh 1 di dalam cermin adalah 1, yang membentuk 2
Setiap rahsia mempunyai 2 ceraian
Ceraian pertama dilihat dari sudut ALLAH, Yang Mengetahui segala rahsia di dalam 1
Ceraian kedua dilihat oleh makhluk, yang mengetahui mengikut aras dan tingkat pemahama

No3

3 adalah titik permulaan penciptaan
Hari ketiga adalah selasa
3 bermakna yang lepas, sekarang dan akan datang
3 bermakna, semangat, minda dan jasad
3 bermakna lahir, hidup dan mati
3 adalah planet bumi

No 4

Rahsia huruf dal
4 melambangkan bilangan gerbang malaikat
4 melambangkan ALLAH
4 melambangkan Muhammad
4 Melambangkan Utara Selatan Timur Barat
4 melambangkan 4 musim
4 melambangkan gerakan 1 degree bumi setiap 4 minit

No 5

Petunjuk kepada 5 deria hidayah
5 rukun Islam
5 jari melambangkan setiap penulisan kita didunia
5 tahap hati
5 waktu solat

No 6

Hari jumaat
Rahsia mengenai api
6 penjuru bendera Israel
313 Nabi :- 3 pertama 1 ditengah adalah ALLAH dan 3 terakhir
24 jam sehari :- 2 tambah 4 = 6

No 7

Keperluan Abadi Yang Memiliki Wajah Abadi < ALLAH >
Melambangkan cahaya , Nitrogen adalah elemen ke 7
7 wajah ALLAH < bererti kepuasan ALLAH>
7 kali tawaf
7 kali SAfa Marwah
7 lubang manusia , 2 hidung, 2 mata, 2 telinga, 1 mulut
Surah ke 7 al Aaraf, mempunyai 206 ayat. 7 lubang manusia dan 206 tulang manusia

No 8

Hidup
8 Singgahsana dan 1 diatas singgahsana
Abadi

No 9

Setiap kejadian bermula dari 1 hingga 9.. 1 hingga 8 adalah makhluk, dan 9 adalah Raja
9 bererti perkasa dan nombor yang tak terkalah dalam urutan nombor
Surah At Taubah, surah ke 9.. rahsia sebelum penciptaan Bismillah

:: adik aku yang teke kat aku,die teke nombor ape yang paling banyak,aku jawabla trillion.die cakap,jawapan aku salah,n die bgtau jwapannye 9,.aku pun heran n aku pun search ar tenet n terjumpa la ini punye jawapan. ooo...begitu rupenye jawapan yang betul.. hik3 ::
*yang sebenarnye aku tak berape nak faham*

ok bai ~


Selasa, 23 Ogos 2011

membatikkan kueh,kek n biskut

yuhuu!!
aku dah berjaya membuat kiuh batik,aku tak tipu kali ni.
tak percaye ???
nak tengok bukti??

deng deng deng !!




mula2 search resipi
hihi

lepas tu pegi kedai
beli bahan2
cadbury tu saje aku tambah :)

aku pun campak kan
buttercup n cadbury dalam periuk mak aku

aku masukkan gula satu cawan
jangan satu gelas oke
huhu

aku pon masukkan susu cair,
jangan susu pekat ye adik2

pastu masukkan telur yang sudah dikepuk2
telur 5 biji ye
warna sudah bertukar
:)

selingan.
ni adik aku yang goreng oke
bukan aku!!
huhu

masukkan milo 500g
milo tu korang main2 la sampai cair

masukkan biskut marie,
bukan biskut maria ye
biskut ni pecahkan dulu,
baru masuk dalam periuk.

waa...huduhnyee...
jangan pandang sebelah mate oke
pandang due2 belah mate.
tengok je huduh,
bila makan,kalian jadi comey
hihi

walaupon kuih batik tu huduh,
tapi bila makan enak bangat dong.
bukan naikkan hidung sendiri,
tapi kenyataan.
ahakkzz

tapi kan,ade yang panggil kuih batik,kek batik,dan biskut batik.
tak kisah la ape pon,yang penting,dia berbatik2 oke.
tapikan,kuih batik ni huduh bila pandang.
bila masukkan dalam mulut,hilang kehuduhan tersebut.huhuhu

meh menjamu perut~
hee~



Selasa, 16 Ogos 2011

Kuih Batik

Kuih batik oke, bukan kain batik..Wee~

Bulan puasa ni aku mengidam la beb.
Aku teringin nak buat kuih batik. Ingat biskut marie,teringat kuih batik.huhu
Korang pernah dengar tak kuih batik?kenal tak?
Tipu la tak kenal,korang konfem pernah makan.Maybe korang tak tahu ape name kuih tersebut. kan3..
Ni ha kuih batik.kenal tak lagi?? hee~


terliur aku nengok kuih batik ni.
huhu


Kuih batik ni diperbuat daripada biskut marie,milo(wajib),susu cair,telur(ade jugak orang gune nestum),buttercup.
Tapi kalo nak lebih umpphh,bleh gak letak coklat cadbury.aku ske letak cadbury. :)
Nanti aku buat aku bagi la korang rase oke.rase dalam mimpi dah la derr....hihihi

caucincau lu ~

p/s: kenali lah kuih tradisional.huhu

Ahad, 14 Ogos 2011

bagaimana cara menggemukkan badan dibulan puasa ??

waaa.....kurus kering die..
hello,kurus-kurus pon tu ciptaan Allah oke.
sedih giler wey kalo orang tegur aku kurus.
tolong ar kasi aku cara-cara untuk gemukkan badan.
berat 45kg pon oke dah.
ubat gemuk dah bermacam-macam produk aku gune,hasilnye tak de langsung.
aku jadi kurus camni akibat brace digigi aku.huhu
plak tu puase,adoiyaa....
kalo makan lemak saje nanti banyak penyakit plak.
makan sayur???hmm...pikir 40kali baru aku sumbat sayur dalam mulut.
anyway,sila pm aku kalo korang tahu cara nak gemukkan sikit badan.
ade ke orang nak pm aku.ahakzz....

oke,luahan hati di bulan mulia :(

p/s: bersyukur dengan apa yang Allah berikan.(ambik hati diri sendiri) :)

Rabu, 10 Ogos 2011

susah ke senang menjadi seorang wanita?

nak tau kenapa aku tanye cam tu??
jeng3...
ni dia, tadaa :-

Sehelai rambut wanita yang dilihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja =
balasannya 70,000 tahun dalam neraka,
sehari akhirat =1000 tahun di dunia.(cuba korang bayangkan)
seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki,
antaranya ialah:-
  • ayah kandung (korang sayangkan ayah korang tak?)
  • adik beradik lelaki
  • suami (si suami seharusnya melarang isterinya memakai pakaian yang tak tutup aurat)
  • anak kandung lelaki
sangat dahsyat hukuman Allah mengenai tuntutan menutup aurat. kepada ayah2,suami2 sekalian,anda jangan
menjadi seorang yang dayus. kite tengok kes kecik je kan,tapi sebenarnya agak besar kesnya.
dosa kecik lame2 kite kumpul akan jadi besar,macam duit gak,kite kumpul duit dalam tabung lame2 jadi banyak,btol tak??

aku pun baru tahu beb,kesian la oii darah daging korang tu. tengok,dosa korang pun orang lain yang tanggung gak.

p/s: selamatkanlah aku dari api neraka. Aminn~

Rabu, 3 Ogos 2011

Pengertian , Syarat dan Rukun Puasa

Apa itu Puasa?
Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Hukum Puasa
Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu :


  • Wajib – Puasa pada bulan Ramadhan.

  • Sunat – Puasa pada hari-hari tertentu.

  • Haram – Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.

  • Syarat Wajib Puasa
    • Beragama Islam
    • Baligh (telah mencapai umur dewasa)
    • Berakal
    • Berupaya untuk mengerjakannya
    • Sihat
    • Tidak musafir

    Rukun Puasa
    • Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
    • Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.

    Syarat Sah Puasa
    • Beragama Islam
    • Berakal
    • Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
    • Hari yang sah berpuasa

    Sunat Berpuasa
    • Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
    • Melambatkan bersahur
    • Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
    • Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
    • Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
    • Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
    • Membaca doa berbuka puasa

    Perkara Makruh Ketika Berpuasa
    • Selalu berkumur-kumur
    • Merasa makanan dengan lidah
    • Berbekam kecuali perlu
    • Mengulum sesuatu

    Hal yang membatalkan Puasa
    • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
    • Muntah dengan sengaja
    • Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
    • kedatangan haid atau nifas
    • Melahirkan anak atau keguguran
    • Gila walaupun sekejap
    • Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
    • Murtad ataupun keluar daripada agama Islam

    Hari yang Disunatkan Berpuasa
    • Hari Isnin dan Khamis
    • Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
    • Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
    • Enam hari dalam bulan Syawal

    Hari yang diharamkan Berpuasa

  • Hari raya Idul Fitri (1 Syawal)

  • Hari raya Idul Adha (10 Zulhijjah)

  • Hari syak (29 Syaaban)

  • Hari Tasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)


  • p/s: Beramal lah di bulan mulia ini :)




        Selasa, 2 Ogos 2011

        BAWAL DIHATIKU

        Tudung bawal oke , bukan ikan bawal.hoho
        korang tengok sekarang, ramai giler kan orang duk berfesyen dengan pelbagai tudung, dengan membelit tengkuk sendiri la, bla bla la..
        tapi aku tetap dengan tudung bawal. aku dan tudung bawal tak boleh dipisahkan.
        aku lebih selesa dengan tudung bawal.
        kadang-kadang aku pakai jugak tudung berstyle macam korang tengok sekarang,
        tapi secara automatik aku konfem teringatkan ikan bawal,eh,tudung bawal.
        tudung sekarang ni agak pelik,coz aku dah pernah kene sound woo..
        malu beb..menyesal pakai tudung persis hana tajima n yuna.
        aku tak suka orang tegur aku pakai tudung cam tu n tanye cara pakai tudung cam tu,
        sedangkan dalam you tube beribu-ribu tutorial pakai tudung pelik-pelik,
        tengok je la kan dalam tu.aku memang cam ni.ahakz !!
        kalau aku pakai tudung berstyle,aku konfem duk depan cermin lama2,konon2 betulkan tudung.tapi betul ar,aku memang betulkan tudung.huhu..
        tak selesa punya pasal, rela duk depan cermin lama2,bese la,pompuan..wee~
        anyway,up2u la kan nak pakai cam ne pun.selesa masing-masing. :)

        p/s : menutup aurat bukan kerana untuk kelihatan cantik dengan berfesyen,tapi kerana Allah. jangan berpakaian tetapi telanjang disisi Allah s.w.t.(peringatan untuk diri sendiri)  :)


        tara !!
        aku selesa begini.
        wawawa :)