Sabtu, 30 Julai 2011

BERPUASA LAGI KITA :)

Salam uolls sume,
beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan ramadhan.
selamat berpuasa kepada umat Islam.
Aku harap tahun ni aku berpuasa penuh.huhu..
puasa tahun ni , aku agak sibuk la sikit coz aku bekerja dengan mak aku.hoho..
baju raya aku dah siap sehelai,yang lain tak siap lagi.
tak sabar woo nak pakai baju baru..hohoho
raya tahun ni tak de tema2 kot.
random je.huhu
puasa nanti aku akan berusaha penuhkan solat terawih,
aku harap tahun ni aku mempunyai energy yang luar biasa,
macam si badang tu,gagah perkasa..hihi
erm..juadah puasa nanti aku beli je kot kalau mak aku malas masak.padahal aku yang malas masak.wawawa :)
aku memang cam tu,pandai memasak,tapi malas memasak..hadoww...haha
kalau berpuasa aku memang wajib bangun sahur,kalau tak sahur aku jadi capek bangat dong.
so,aku akan berusaha bangun sahur.
oke,aku caucincaulu.tata :)

p/s: nikmatnya berpuasa pada tahun ni.SELAMAT BERPUASA !!!!! :)
           

Isnin, 25 Julai 2011

BERDIRI DIKAKI SENDIRI

salam guys!!
cakap pasal berdikari ni semua orang ingin hidup berdikari kan.
aku pun cam tu gak,nak berdikari sendiri.
kalau hidup berdikari tanpa mak dan ayah lah kan?
tapi aku tak pernah berjauhan dengan mak dan ayah aku dalam jangka masa yang lama.
aku sentiasa dekat dengan mereka. aku terpikir,bagaimana kalau mak dan ayah aku takde dan bagaimana dengan kehidupan aku. aku sangat bersyukur kerana mak dan ayah masih ada sekarang dan mengawal aku dari segala segi. sampai sekarang aku tak pernah duduk di asrama or dimana2 yang berjauhan dengan keluarga aku. adik2 aku rilek je tau duk berjauhan.
anyway,i love my parent.my parent sentiasa dekat dihati. :)
aku nak letak gambar mak dan ayah aku, tapi gambarnye tak de dalam my lappy.
gambar aku ada ar..ahakz !!
biar korang tak nak tengok pun, ade aku kisah??? ngeh3~

                                                                           tada !!!

yabedabedu
wink3*


Sabtu, 23 Julai 2011

FREE DOWNLOAD MOVIE

halo uolls !!!
korang nak tengok cite free tak?
kalo nak , sila download http//amercheks.blogspot.com
kalo korang nak suruh die letak link cite yang korang nak tengok,
korang pm la die. ahakz !!

ni ha tuan dia :


ok bai !!

Khamis, 21 Julai 2011

GLOOMY SUNDAY

Korang percaya tak dengan sumpahan lagu 'gloomy sunday' ??
aku dengar lagu ni tak de pon perasaan ingin bunuh diri.
aku tak paham la omputih ni,pantang dengar lagu sedey je mesti bunuh diri.
aku dah check sume maksud omputih tu lam kamus,bila aku terjemah dalam bahasa melayu,
sedih tu memang sedih,tapi tak de la plak nak bunuh diri.
konon-kononnye lagu tu berpuaka.jangan percaya sangat la bende2 yang mengarut cam tu.
ajal maut di tangan tuhan kan.
pencipta lagu ni bernama REZSO SEREES.
dia mencipta lagu ni pada hari ahad, kebetulan ketika itu cuaca hujan renyai2.
dia mencipta lagu ni disebabkan dia putus tunang.mungkin dia sedih sangat kot putus tunang..huhu..
tunang dia mintak putus sebab dia nak menjadi seorang pengubah lagu,and tunang dia memikirkan bahawa pengubah lagu tak de masa depan. kiranya tunang dia ni mata duitan la kan.(pada pandangan aku la derr)
pada tahun 1963 tak silap aku, lagu ni telah diharamkan oleh pihak British sebab banyak berlakunye kes bunuh diri gara-gara lagu ni. Allahualam~

lagu ni la yang aku maksudkan..hoho~

Kalau nak dengar lagu ni dalam pelbagai versi,
search je lam youtube.
gagaga

oke,papai uollz !! :)

Selasa, 19 Julai 2011

WANITA BERADA DALAM KALANGAN ORANG YANG SEDIKIT MASUK SYURGA

Semua orang nak masuk syuga kan? tapi,uolls ni ikut tak perintah Allah??*renung2kanlah*
korang sume tahukan wanita adalah golongan yang paling sedikit masuk dalam syurga. bayangkan,dalam dunia ni ramai wanita daripada lelaki,tapi,sedikit saje wanita dapat masuk syuga..aku bingung memikirkannye*wat lolok,hehe*
tapi aku memang terfikir,adakah aku layak masuk ke syugaNya?walaupun diusia remaja,kita jangan leka dan alpa dengan keadaan sekeliling kita. tengoklah remaja zaman sekarang,perangai ntah ape2,dengan pakaiannye yang jeli
k,bajet cun la tu..haatttuii ngko...konon2,nak dapat perhatian,dapat kutukan ada la kan...*xbaik mengumpat,dose* (yang ni kena tulisan besar sikit,hehe)
satu lagi perangai orang perempuan,suka sangat mengumpat..pantang jumpe kawan, memang tak sah kalau tak mengumpat.aku pun sama,pantang jumpe geng je mesti mengumpat,tapi benda baik la....gagaga
wanita senang nak masuk neraka disebabkan auratnya,kedegilannya,lawan cakap suami,mengumpat,pose tak ganti, n other.
sementara kita masih hidup ni,jom kita cuba menjadi seorang wanita yang diredhai Allah.

p/s : berubah la untuk diri sendiri,jangan berubah kerana orang lain..dalam menutup aurat,tak perlu ada perkataan ikhlas,kerana menutup aurat tu WAJIB!! semoga aku berada dalam kalangan wanita yang sedikit di dalam syuga..aminn~

oke.salam :)

Ahad, 17 Julai 2011

AKU DAN TOKWAN TERSAYANG :)

SALAM sume.....waaa.....lame bangat sih aku tak update blog ni...
aku sibuk sikit sekarang.Alang2 dah buke blog ni,aku nak update la sikit story tentang my granny..ngeh3~

Dalam beberapa minggu yang lalu n beberapa hari yang lepas aku sibuk duk jaga tok wan aku yang duk hospital sultanah nurzahirah...i think betol la kot ini punye name hospital KT..huhu..
nurse kat hospital tu dah macam kenal kot ngan muke aku..ahakzz...
aku ke hulu ke hilir kat dalam hospital tu akibat terlalu bosan..nasib baik la aku jaga tokwan aku dgn sepupu aku..jage dgn sepupu pun bosan,apatah lagi jage sorang2 kan.
kalo malam2 aku duk sembang ngan tokwan aku..memang best ar sembang ngan tokwan aku nih..haha..macam2 cerita kalo duk ngan tokwan aku.tok wan aku ni nakal orangnye..ade ke patut die tipu doktor,die cakap nak balik rumah sebab nak ambil baju n barang2 yang patut dibawa kat hospital tu,n doktor tu pun ok je la n die suruh tok wan aku pegi hospital esok luse n tok wan aku cakap ok..
last2,dalam kereta ,tokwan aku bgtahu yang die tak nak pegi hospital dah.saje je mintak ngan doktor tu nak balik..adoiyaa tok wan aku ni...hehehe...samseng betol ngan doktor..
utk makluman sume,tokwan aku dijangkiti kuman dalam buah pinggangnye.die dah tebuk buah pinggang,n die pernah cuci buah pinggang nye baru satu kali..die cakap die nak berubat secara kampung..apepun ikhtiar la dulu kan,mane tahu menjadi.... =)
k la,da penat menaip..hihihi..daa~

p/s: jagalah orang tua kita dengan baik,walaupun kita mempunyai pekerjaan,tetapi tinggal lah pekerjaan tersebut untuyk sementara waktu..ibu bape tiada pengganti dan tak boleh di cari,tetapi pekerjaan boleh dicari.renung2kanlah~ :)




macam tok wan ni mak aku.
hahaha