Rabu, 1 Jun 2011

JUJUR PADA DIRI DAN NILAI DIRI SENDIRI DARI PAKAIAN

hmm...sume orang tahu kan kite sume tak perfect,at least,kite akan cuba memperfectkan diri kita..
cuba kita nilai diri kita dengan pakaian kita dan tanya diri sendiri..

1) Adakah pakaian ini ketat,terukir atau tidak bentuk bada bila aku memakainya?

2) Adakah pakaian ini membuat aku kelihatan sopan atau tidak?

3) Adakah apa yang aku pakai ini sesuai dengan imej aku sebagai muslimah yang menutup aurat?

4) Adakah cara aku tutup aurat ini sempurna atau tidak?

5) Setiap kita perlu ada pentarbiahan diri. Pakaian sopan mengundang penghormatan setiap mata yang memandang. Bolehkah penampilan aku dicontohi oleh wanita-wanita lain yang sudah atau yang belum menutup aurat?

6) Cermin diri semasa keluar bekerja,bersantai atau berkunjung ke rumah orang atau menjadi tetamu dalam majlis rasmi atau tidak rasmi. Biarlah setiap mata yang memandang menyoal siapa gerangan tuan tubuh yang menampilkan busana sopan ini. Pujian harus diberikan kerana berani berbusana sopan menutup aurat dan boleh dibanggakan kerana menegakkan syariat dengan begitu indah sekali.

7) Apabila hati kecil menjadi hakim kepada keseluruhan penampilan kita,secara tidak langsung akan teratur setiap imej yang hendak ditampilkan. Pasang niat setiap kali solat agar diberi lebih banyak hidayah untuk mengangkat imej Muslimah ke tahap yang lebih tinggi lagi agar kita akan secara semulajadi diberikan kekuatan untuk membentuk penampilan dan perlakuan yang positif yang dituntut Islam.

::membuatkan aku terfikir,kenapa wujudnya pakaian yang mendedahkan aurat di negara Islam::
renung2kanlah~

p/s: bersyukur kerana auratku masih lagi terjaga,tapi aku mengharapkan agar aku menjaga lebih lagi aurat ku.. =)