Rabu, 21 September 2011

KEHEBATAN SEORANG WANITA

salam uolls....
haa...aku nak kongsi sikit kat korang pasal wanita nih.
boboy sekalian syuh-syuh lah yeee....
heee...

kalo korang wanita,korang seharusnya bersyukur.
ni tidak,duk sibuk jadi tomboy la,pengkid la..
apekejadah semua tu??
lelaki pun same,duk sibuk nak tukar jantina nak jadi perempuan.
tak bersyukur langsung !!!

wanita sebenarnya banyak keistimewaannya.
janganlah korang rendahkan diri menjadi seorang wanita,
kerana Allah menjadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:

  1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang wanita lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda,"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan disia-siakan."
  2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
  5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan sedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  6. Syuga itu dibawah telapak kaki ibu.
  7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dangan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab , maka baginya adalah syurga.
  8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
  9. Daripada Aisyah r.a."Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan dilaut,burung di udara,malaikat dilangit,matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
  12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah ,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" jawabnya Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

haa..dah baca??
tu la....jangan buat kerja gila duk tukar diri jadi tomboy.
macamlah tomboy tu hebat sangat.....hensem pekebende gitu,phuiii !!!
hensem ayah aku la....wakaka :)

oke la awang dan semek sekalian,caucincau dulu.wasalam........

p/s: aku bangga jadi perempuan.aku jadi riak sikit coz aku perempuan..gagaga :)

Tiada ulasan: