Isnin, 28 Mei 2012

9 Cara Make-up Seorang Muslimah

ASSALAMUALAIKUM kawanku sekalian..
hari ni aku nak berkongsi dengan para wanita sekalian,
cara-cara make-up seorang muslimah yang tercantik..hehe
diantara cara-cara tersebut ialah....................jengjengjeng..

  • Jadikan ghoddul basor(menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda,nescaya semakin berseri dilihat orang
  • Oleskan lipstik kejujuran pada bibir anda,nescaya semakin manis kata-kata anda
  • Gunakan pemerah pipi anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu yang dijual di saloon iman
  • Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari-jemari anda dengan cincin ukhwah
  • Pakailah giwang mustamik(pendengaran) yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya,nescaya anda akan semakin anggun
  • Pakailah sabun istighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan
  • Rawatlah rambut anda dengan jilbab Islami yang menghilangkan panahan pandangan mata lelaki yang merbahaya
  • Sebaik-baik kalung anda ialah kalung kesucian
  • Bedaklah wajah anda dengan air wudhu,nescaya muka anda akan bercahaya di akhirat


Hahh,camne..senangkan cara make-up seorang muslimah,hehe..
oke la awang dan semek sekalian,aku nak pi sambung keje dulu..
as salam,papai ~ :)

p/s: same-samelah kita memperbaiki diri kita sebelum terlambat,kerana ajal tidak menunggu kita..

Tiada ulasan: